Perjalanan angkasa: International Space Station: EVA-77

Aktiviti di luar kenderaan, perjalanan angkasa di luar stesen angkasa International Space Station (ISS) pada bahagian Amerika Syarikat stesen US EVA-77 oleh 2 angkasawan, Akihiko Hoshide (Jepun/JAXA) dan Thomas Pesquet (Perancis/ESA).

Stesen angkasa:
International Space Station (ISS)

Angkasawan:
EV1: Akihiko Hoshide (jalur merah) – perjalanan angkasa keempat
EV2: Thomas Pesquet (tanpa jalur) – perjalanan angkasa keenam

Sendat udara:
Modul Quest

Masa mula:
12 September 2021, Ahad, 20:15 waktu Malaysia (arkib)

Tempoh:
6 jam 54 minit (arkib)

Masa tamat:
13 September 2021, Isnin, 03:09 waktu Malaysia

Rakaman siaran langsung liputan:
NASA – https://youtu.be/vvsMOSAfHG0


Rakaman siaran langsung liputan

Rakaman siaran langsung liputan (NASA): https://youtu.be/vvsMOSAfHG0


Sidang media sebelum perjalanan angkasa

Sidang media sebelum perjalanan angkasa (NASA): https://youtu.be/hOC610vsBZk


Animasi tugasan

Animasi tugasan (NASA): https://youtu.be/zmt8LG6t33E


Tugasan utama

  • Mempersiapkan saluran kuasa 4A pada struktur kekuda P4 stesen dan memasang pendakap bagi pemasangan susunan suria ISS Roll Out Solar Array (IROSA) baharu.
  • Menggantikan prob “Floating Potential Measurement Unit” (FPMU).

Media

Gambar (NASA): https://twitter.com/Space_Station/status/1437900436804096004


Kemas kini

(2021-08-28, 15:50) Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh NASA (arkib), angkasawan Thomas Pesquet (Perancis/ESA) akan menggantikan tempat angkasawan Mark Vande Hei (Amerika Syarikat/NASA) yang mengalami masalah perubatan.

Perjalanan angkasa US EVA 77 kini dijadual dilakukan pada 12 September 2021, Ahad, bermula pada 20:30 waktu Malaysia selama kira-kira 6 jam setengah.


(2021-08-27, 16:30) Pada 24 Ogos 2021, angkasawan Mark Vande Hei mengatakan beliau mengalami saraf terkepit pada bahagian leher yang telah menyebabkan penangguhan perjalanan angkasa US EVA 77.


(2021-08-24, 11:36) Pada 23 Ogos 2021, NASA melaporkan bahawa perjalanan angkasa US EVA 77 pada 24 Ogos 2021 telah ditangguhkan kerana masalah kesihatan bukan kecemasan angkasawan Mark Vande Hei.


Kemas kini: 2021-09-15, 16:18:53