Pelancaran: Ariane 5 ECA+ – VA257 (MEASAT-3d dan GSAT 24)

Pelancaran 2 satelit komunikasi ke orbit pindah geopgun termasuk satelit MEASAT-3d, satelit yang dioperasikan oleh pengoperasi satelit Malaysia, MEASAT.

Status pelancaran:
Berjaya(arkib)

Masa pelancaran:
23 Jun 2022, Khamis, 5:50 AM waktu Malaysia
22 Jun 2022, Rabu, 6:50 PM waktu tempatan (Kourou, French Guiana)

Jendela pelancaran:
23 Jun 2022, Khamis, 5:03 AM hingga 6:43 AM waktu Malaysia
22 Jun 2022, Rabu, 6:03 PM hingga 7:43 PM waktu tempatan (Kourou, French Guiana)

Roket:
Ariane 5 ECA+ (VA257[arkib])

Muatan:
2 satelit komunikasi di orbit geopegun Bumi:
MEASAT-3d – Satelit komunikasi di orbit geopegun Bumi yang akan beroperasi di slot 91.5º Timur. MEASAT-3d akan turut membawa muatan “Korea Augmentation Satellite System” (KASS) yang akan digunakan untuk mempertingkatkan pengurusan trafik udara di Korea Selatan.
Pengoperasi: MEASAT
Pengeluar: Airbus Defence and Space
Jisim ketika pelancaran: 5,648 kg
Platform: Eurostar E3000
Penujah: Kimia
Jangka hayat: > 18 tahun

GSAT-24 – satelit komunikasi di orbit geopegun Bumi
Pengoperasi: NewSpace India Limited (NSIL)
Pengeluar: Indian Space Research Organisation (ISRO)
Jisim ketika pelancaran: 4,181 kg
Platform: Bas I-3k
Jangka hayat: 15 tahun

Orbit:
Orbit pindah geopegun (35,786 km x 250 km, 6º)

Tapak pelancaran:
ELA-3, Kourou, French Guiana

Rakaman siaran langsung liputan pelancaran:
Arianespace: https://youtu.be/ArIzvsvtK-E
Astro AWANI: https://youtu.be/UaEMV159VWg

Kit pelancaran:
Arianespace[arkib]


Lencana misi pelancaran

Lencana misi pelancaran Ariane 5 VA257 (Arianespace)

Objek selepas pelancaran

Setakat 29 Jun 2022, 10:45 PM waktu Malaysia, satelit MEASAT-3d telah dikatelogkan sebagai objek B (2022-067B/52904). Berdasarkan maklumat orbit terkini, satelit MEASAT-3d telah tiba di jalur orbit geopegun Bumi dan sedang bergerak ke slot operasi 91.5º Timur.

Ukuran orbit satelit MEASAT-3d (merah) dan MEASAT-3b (kuning) sebagai perbandingan.

MEASAT-3d: 35,762.76 km x 35,659.98 km, 0.08º (23 jam 52 minit 15 saat)
MEASAT-3b: 35,798.50 km x 35,774.44 km, 0.04º (23 jam 56 minit 5 saat)

Orbit satelit MEASAT-3d (merah) berbanding orbit satelit MEASAT-3b (kuning) di jalur orbit geopegun Bumi

Setakat 23 Jun 2022, 11:50 AM waktu Malaysia, 4 objek daripada sekurang-kurangnya 4 objek yang dijangka telah dikatelogkan daripada pelancaran ini.

2022-067A/52903 – mungkin MEASAT-3d (hijau)
35,814.50 km x 274.42 km, 5.97º (~10 jam 33 minit 4 saat)

2022-067B/52904 – mungkin GSAT-24 (jingga)
35,739.04 km x 260.54 km, 6.00º (10 jam 31 minit 20 saat)

2022-067C/52905- mungkin sisa roket Ariane 5 atau SYLDA (biru)
35,767.34 km x 255.32 km, 6.00º (10 jam 31 minit 47 saat)

2022-067D/52906 – mungkin sisa roket Ariane 5 atau SYLDA (putih)
35,678.87 km x 245.83 km, 6.05º (10 jam 29 minit 52 saat)

Sebagai perbandingan, orbit satelit MEASAT-3b (merah) yang beroperasi di orbit geopegun Bumi adalah 35,798.76 km x 35,775.46 km, berkecondongan 0.03º berbanding satah khatulistiwa dengan tempoh 1 orbit lengkap selama ~23 jam 56 minit.

Satelit MEASAT-3d dan GSAT-24 akan menggunakan penujah masing-masing untuk bergerak ke orbit operasi di orbit geopegun Bumi.

TLE yang dikeluarkan oleh Space-track setakat 23 Jun 2022, 11:50 AM waktu Malaysia:

2022-067A
1 52903U 22067A   22173.97016571 -.00000435  00000-0  00000+0 0  9999
2 52903   5.9669  65.8420 7276065 177.9694  38.6199  2.27465218    00
2022-067B
1 52904U 22067B   22174.01988441 -.00000433  00000-0  00000+0 0  9998
2 52904   6.0020  65.3367 7276767 178.3810  79.5534  2.28090737    01
2022-067C
1 52905U 22067C   22174.02828140 -.00000433  00000-0  00000+0 0  9999
2 52905   5.9951  65.4569 7280195 178.2395  86.3774  2.27928853    05
2022-067D
1 52906U 22067D   22174.02270038 -.00000432  00000-0  00000+0 0  9996
2 52906   6.0489  64.5353 7278621 179.0259  82.0538  2.28617190    05

Rakaman liputan pelancaran

Liputan Arianespace: https://youtu.be/ArIzvsvtK-E


Liputan Astro AWANI: https://youtu.be/UaEMV159VWg


Garis masa pelancaran

Masa (minit:saat)Peristiwa
00:00Roket berlepas dari tapak pelancaran
02:21Pembakaran 2 roket penggalak sisi yang menggunakan bahan dorong pepejal tamat dan dibuang
03:20Reraut muatan dibuang
08:47Pembakaran roket teras EPC kriogen tamat dan dibuang
08:51Enjin roket peringkat atas ESC-D dihidupkan
28:39Satelit komunikasi MEASAT-3d dilepaskan ke orbit pindah geopegun
29:52Penyesuai SYLDA dibuang
39:57Satelit komunikasi GSAT-24 dilepaskan ke orbit pindah geopegun

 


Media pelancaran

https://twitter.com/MEASAT/status/1539453213627535360


https://twitter.com/AirbusSpace/status/1539262408992206849


https://twitter.com/Arianespace/status/1539233118229516289


https://twitter.com/AirbusSpace/status/1538878361715544065


https://twitter.com/AirbusSpace/status/1538039304676589568


Sejarah kemas kini

2022-06-29, 11:15 PM – kemas kini maklumat orbit dan katelog

2022-06-23, 11:55 AM – 4 objek telah dikatelogkan oleh Space-track.


Kemas kini: 2022-06-29, 23:17:31