Jadual lintasan boleh nampak kapal angkasa

Kemas kini: 2023-10-25, 10:12:54

Halaman ini tidak lagi dikemas kini.

Halaman ini boleh diakses melalui alamat: https://lintasan.kosmik.my/


Lihat senarai lintasan boleh nampak terkini


Halaman ini menyenaraikan peluang untuk melihat lintasan kapal angkasa dengan mata kasar di ruang angkasa Malaysia dengan sudut dongakan maksimum yang tinggi (lebih 35º), ketika kapal angkasa tersebut menerima cahaya daripada Matahari, ketika ia berada tinggi di orbit, walaupun permukaan Bumi gelap (bergantung pada keadaan cuaca).

Sudut dongakan maksimum yang tinggi menunjukkan bahawa objek tersebut akan melintasi lokasi pemerhati dengan lebih dekat. Sebagai contoh, sudut dongakan maksimum 90º menunjukkan objek tersebut boleh melintas tegak di atas pemerhati.

Lintasan dengan sudut dongakan maksimum melebihi 35º adalah lintasan yang baik untuk dilihat.

Ramalan lintasan yang disenaraikan di halaman ini adalah anggaran.

Ketika ingin melihat lintasan, pemerhati disarankan menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan pencarian arah lintasan dan mendapatkan masa lintasan yang tepat. Contoh aplikasi yang baik untuk telefon pintar Android ialah Heavens-Above: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.heavens_above.viewer

Keadaan awan boleh dilihat melalui imej daripada satelit berikut:
Himawari-8: https://www.data.jma.go.jp/mscweb/data/himawari/sat_hrp.php?area=r2s
Fengyun 4A: http://fy4.nsmc.org.cn/nsmc/cn/theme/FY4A.html (tekan “全圆盘” (cakera penuh), kemas kini lebih perlahan berbanding Himawari-8)

Ramalan lintasan yang lebih tepat dan arah lintasan boleh turut dilakukan dengan mudah dan tepat dengan masukkan koordinat lokasi pemerhati melalui laman sesawang berikut:
Stesen angkasa International Space Station: https://www.heavens-above.com/PassSummary.aspx?satid=25544
Stesen angkasa Tingong: https://www.heavens-above.com/PassSummary.aspx?satid=48274

Halaman ini dikemas kini secara manual.