Glosari

Halaman ini bertujuan mengumpulkan kosa kata yang berkaitan dengan penerbangan di angkasa lepas. Bilangan kosa kata akan ditambah dari semasa ke semasa.

Bahasa MelayuBahasa InggerisKeterangan
A
aktiviti luar kenderaanextravehicular activityAktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa atau stesen angkasa yang berada di luar lapisan atmosfera Bumi.
apogiapogeeTitik tertinggi pada orbit untuk objek yang sedang mengorbit Bumi.
B
bahan dorong; bahan rejangpropellantBahan boleh bakar yang menghasilkan haba dan membekalkan zarah-zarah penolak seperti pada enjin roket. (rujukan)
barat dayasouth-west
barat lautnorth-west
bertemu, pertemuanrendezvous
C
D
E
F
G
H
I
ionosferaionosphereLapisan atmosfera bumi bermula dari 70 atau 80 kilometer di atas permukaan bumi hingga ke ketinggian tak terhingga yang terion secukupnya oleh sinaran ultralembayung solar dan elektron bebas di dalam lapisan ini mempengaruhi perambatan gelombang radio. (rujukan)
J
K
L
letak aturdeployMeletakkan satelit ke orbit tertentu. (rujukan)
M
min waktu suriamean solar timeWaktu suria yang diukur seolah-olah Matahari dilihat bergerak pada kelajuan yang sama sepanjang tahun, berbeza dengan sepatutnya iaitu waktu suria sedikit berubah bergantung pada musim.
N
O
olah gerakmaneuver / manoeuvrePenggunaan sistem pendorong untuk mengubah orbit sesuatu kapal angkasa.
orbit geopegun Bumigeostationary Earth orbit (GEO)Sejenis orbit geosegerak iaitu orbit yang mempunyai tempoh 1 orbit selama 23 jam 56 minit 4 saat iaitu sama dengan tempoh 1 putaran Bumi pada paksinya, dan mempunyai kecondongan orbit 0º berbanding satah khatulistiwa. Orbit geopegun bulat mempunyai ketinggian 35,786 km.
orbit geosegerakgeosynchronous orbit (GSO)Orbit yang mempunyai tempoh 1 orbit selama 23 jam 56 minit 4 saat iaitu sama dengan tempoh 1 putaran Bumi pada paksinya. Orbit geosegerak bulat mempunyai ketinggian 35,786 km.
orbit kutubpolar orbitOrbit yang mempunyai kecondongan kira-kira 90º berbanding satah khatulistiwa, biasanya antara 80º hingga 100º.
orbit pindah geopegungeostationary transfer orbitOrbit elips bumi yang digunakan untuk memindahkan pesawat dari orbit beraltitud rendah ke orbit yang lebih tinggi. (rujukan)
orbit rendah Bumiorbit rendah BumiOrbit objek yang mengorbit Bumi, biasanya mempunyai altitud kurang 2,000 km, tempoh orbit 128 minit atau kurang, keeksentrikan orbit kurang dari 0.25
orbit segerak MatahariSun-synchronous orbitOrbit yang hampir dengan orbit kutub ketika satu objek mengorbit sesuatu planet yang membolehkan satu kapal angkasa melintasi mana-mana titik pada permukaan planet tersebut pada min waktu suria yang sama.
P
panel suriasolar panelPanel yang terdiri daripada susunan sel suria. (sumber)
pangkalan cantumdocking portBahagian pada pesawat yang membenarkan pesawat lain bercantum dengannya untuk pemindahan angkasawan atau peralatan. (rujukan)
pasang aturdeployMemasang komponen pesawat kepada konfigurasi yang dikehendaki. (rujukan)
pembasah pelantarpad delugeAlat yang menggunakan sejumlah air untuk menyembur pelantar bagi menyejukkan bahagian kritikal pelantar atau enjin roket semasa pelancaran. (rujukan)
pengurusan stesenstation keepingOlah gerak yang perlu dilakukan oleh sesuatu kapal angkasa bagi membolehkan ia berada pada kedudukan dan orientasi yang betul di angkasa lepas, biasanya dengan menggunakan penujah.
peribulanperilune
periselene
Titik paling dekat dengan Bulan untuk objek yang berada di orbit Bulan.
perigiperigeeTitik terendah pada orbit untuk objek yang sedang mengorbit Bumi.
perisintionpericynthionTitik terendah pada orbit untuk objek yang sedang mengorbit Bulan.
perjalanan angkasaspacewalkAktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa atau stesen angkasa yang berada di luar lapisan atmosfera Bumi
Q
R
reja angkasaspace debrisObjek buatan manusia yang tidak lagi berfungsi di angkasa lepas.
roket perumsounding rocketRoket untuk penerbangan suborbit, biasanya membawa eksperimen dan peralatan saintifik.
S
sendat udaraair lockSesuatu ruang dengan pintu yang boleh ditutup dengan kedap tanpa mengubah tekanan walaupun tekanan di luar sendat udara berbeza dengan tekanan di dalam sendat udara.
susunan suriasolar arrayPanel yang terdiri daripada susunan sel suria. (sumber)
T
tenggarasouth-east
timur lautnorth-east
U
V
W
X
Y
Z

Kemas kini: 2021-12-26, 17:00:17