Isyarat radio SSTV daripada ISS pada 12 dan 13 April 2022 sempena Hari Kosmonautik dan Wanita di Angkasa

Stesen angkasa International Space Station (ISS) dijadual memancarkan isyarat radio “slow-scan television” (SSTV) sempena Hari Kosmonautik dan Wanita di Angkasa, dengan tema manusia pertama di angkasa, wanita pertama di angkasa, dan radio amatur pertama di angkasa yang merupakan sebahagian daripada eksperimen SSTV oleh Moscow Aviation Institute (MAI-75).

Aktiviti ini membolehkan penerima isyarat radio menerima imej-imej SSTV secara langsung daripada ISS melalui gelombang radio.

Isyarat radio SSTV tersebut dijadual dipancarkan pada waktu berikut, tertakluk pada perubahan dan jadual angkasawan (waktu Malaysia):

  • Masa mula: Selasa, 12 April 2022, 00:30
  • Masa tamat: Rabu, 13 April 2022, 20:00

Imej-imej SSTV tersebut boleh diterima melalui isyarat radio daripada ISS yang akan dipancarkan pada frekuensi 145.8 MHz (selepas pembetulan anjakan Doppler) dalam mod PD-120, dijangka dengan selang antara imej selama 2 minit.

Imej yang diterima boleh dimuat naik di laman web ARISS: https://www.spaceflightsoftware.com/ARISS_SSTV/index.php

Ketika artikel ini ditulis, berikut merupakan anggaran ramalan lintasan ISS untuk Malaysia sepanjang tempoh tersebut (waktu Malaysia):

Selasa, 12 April 2022:

  • 07:00 – 07:14 (Malaysia Timur, rendah untuk timur Semenanjung Malaysia)
  • 08:37 – 08:49 (Semenanjung Malaysia, rendah untuk Malaysia Timur)
  • 18:34 – 18:47 (Malaysia Timur, rendah untuk Semenanjung Malaysia)
  • 20:10 – 20:22 (Semenanjung Malaysia, rendah untuk barat Sarawak)

Rabu, 13 April 2022:

  • 06:14 – 06:24 (Malaysia Timur)
  • 07:48 – 08:01 (Semenanjung Malaysia, rendah untuk Malaysia Timur)
  • 09:27 – 09:34 (rendah untuk utara Semenanjung Malaysia)
  • 17:48 – 17:58 (Malaysia Timur)
  • 19:21 – 19:35 (Semenanjung Malaysia, rendah untuk barat Sarawak)
Kemas kini: 2022-04-10, 19:28:34