Aktiviti SSTV MAI-75 daripada ISS

Stesen angkasa International Space Station (ISS) dijadual memancarkan isyarat radio “slow-scan television” (SSTV) yang merupakan sebahagian daripada eksperimen “Inter-MAI-75” untuk ruang angkasa Moscow, Rusia. Isyarat radio tersebut dijadual dipancarkan pada waktu berikut:

  • Khamis, 7 April 2022, ~16:00 hingga 23:35 waktu Malaysia
  • Jumaat, 8 April 2022, ~16:40 hingga 00:10 (9 April 2022) waktu Malaysia

Imej-imej SSTV boleh diterima daripada ISS melalui syarat radio yang akan dipancarkan pada frekuensi 145.8 MHz (selepas pembetulan anjakan Doppler) dalam format PD-120 setiap 3 minit.

Malaysia mempunyai beberapa lintasan ISS dalam tempoh tersebut. Berikut merupakan anggaran lintasan ISS di ruang angkasa Malaysia sepanjang aktiviti SSTV ini (waktu Malaysia):

Khamis, 7 April 2022:

  • ~19:25 hingga ~19:35 (lintasan rendah untuk timur Sabah)
  • ~20:57 hingga ~21:12
  • ~22:35 hingga ~22:46 (Semenanjung Malaysia)

Jumaat, 8 April 2022:

  • ~20:11 hingga ~20:23 (lintasan baik untuk Malaysia Timur, rendah untuk Semenanjung Malaysia)
  • ~21:47 hingga ~21:59 (Semenanjung Malaysia)

Imej yang diterima boleh dimuat naik di laman web ARISS: https://www.spaceflightsoftware.com/ARISS_SSTV/index.php