ISS dijadual memancarkan isyarat radio SSTV pada 7 dan 8 Februari 2022

Stesen angkasa International Space Station (ISS) dijadual akan memancarkan isyarat radio “slow-scan television” (SSTV) dalam satu eksperimen oleh Moscow Aviation Institute (MAI) untuk ruang angkasa Moscow, Rusia [1].

Isyarat radio SSTV tersebut dijadual dipancarkan pada masa berikut (waktu Malaysia):
7 Februari 2022, 16:35 hingga 23:05
8 Februari 2022, 18:40 hingga 22:30

Berdasarkan ramalan lintasan, sepanjang tempoh tersebut, Malaysia akan mempunyai lintasan ISS. Imej SSTV tersebut boleh diterima pada frekuensi 145.8 Mhz (selepas pembetulan anjakan Doppler) dan dijangka akan dipancarkan menggunakan mod PD 180. Jarak setiap imej dijangka kira-kira 3 minit.

Oleh kerana pada 6 Februari 2022, 17:30 waktu Malaysia, ISS dijadual akan melakukan pembakaran pembetulan orbit [2], penerima hendaklah memastikan maklumat orbit yang digunakan adalah terkini bagi memastikan ramalan lintasan tepat dan anjakan Doppler dapat diperbetulkan dengan tepat.

Imej yang diterima boleh dimuat naik di laman web ARISS: https://www.spaceflightsoftware.com/ARISS_SSTV/index.php

Imej modul Nauka dan Prichal yang dirakam ketika perjalanan angkasa VKD-51 oleh 2 angkasawan Rusia/Roscosmos Anton Shkaplerov dan Pyotr Dubrov [3].

[1] https://ariss-sstv.blogspot.com/2022/02/moscow-aviation-institute-sstv.html
[2] https://www.roscosmos.ru/33998/
[3] https://www.flickr.com/photos/nasa2explore/51836441759/