LIHAT LINTASAN STESEN ANGKASA TIANGONG BERMULA 30 JUN 2021

Bermula 30 Jun 2021, terdapat beberapa lintasan stesen angkasa Tiangong yang mempunyai sudut dongakan maksimum melebihi 40º, yang boleh dilihat dengan mata kasar bermula 30 Jun 2021, bergantung pada lokasi anda di Malaysia, dan cuaca.

Untuk 30 Jun 2021, lintasan stesen angkasa Tiangong boleh dilihat oleh pemerhati yang tinggal di utara semenanjung Malaysia bermula kira-kira 20:34 hingga ~20:44, bermula dari arah barat daya ke timur laut.

Peta langit untuk beberapa lokasi terpilih ketika lintasan selepas Matahari terbenam pada 30 Jun 2021: https://twitter.com/Kosmikmy/status/1410099569824653314

Masa dan arah lintasan yang lebih tepat boleh diramalkan dengan lebih tepat dengan memasukkan koordinat pemerhati di laman berikut:
https://www.heavens-above.com/PassSummary.aspx?satid=48274

Pemerhati disarankan menggunakan aplikasi telefon mudah alih seperti Heavens Above (untuk telefon Android) untuk mengetahui laluan lintasan di langit:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.heavens_above.viewer

Cerapan awan oleh satelit Himawari 8 boleh dilihat di laman berikut: https://www.data.jma.go.jp/mscweb/data/himawari/sat_hrp.php?area=r2s

Ramalan lintasan lain yang dipilih oleh kami boleh disemak di sini: https://lintasan.kosmik.my

Fenomena ini boleh berlaku kerana stesen angkasa tersebut masih menerima cahaya daripada Matahari ketika ia berada tinggi di orbit, walaupun permukaan Bumi telah gelap.

Lintasan dengan sudut dongakan maksimum melebihi 40º adalah lintasan yang baik untuk dilihat.


Kemas kini: 2021-06-30, 13:16:03