TONTON PERJALANAN ANGKASA US EVA 75 DI LUAR STESEN ANGKASA ISS

Satu perjalanan angkasa US EVA 75 di luar stesen angkasa International Space Station (ISS) dijadual dilakukan bermula 20:00 waktu Malaysia pada Ahad, 20 Jun 2021 oleh 2 angkasawan, Thomas Pesquet (Perancis/ESA) dan Shane Kimbrough (Amerika Syarikat/NASA) selama kira-kira 6 jam setengah.

Liputan siaran langsung boleh ditonton melalui laman berikut bermula 18:30 waktu Malaysia:
https://youtu.be/tukfEtyVpcU (dengan rakaman)
https://youtu.be/21X5lGlDOfg (tiada rakaman)
https://www.facebook.com/ISS/videos/1343264116071020/

Tugasan utama EVA 75 ini ialah untuk menyambung tugasan yang tidak sempat disiapkan ketika perjalanan angkasa EVA 74 iaitu memasang susunan suria baharu ISS Roll Out Solar Array (iROSA) yang pertama pada struktur kekuda P6 dan sistem saluran kuasa 2B bagi menambah keupayaan stesen angkasa ISS menjana kuasa elektrik.

Selepas dipasang, susunan suria iROSA perlu disambung dengan kabel kuasa dan dibuka dari gulungan bagi membolehkan ia menjana kuasa elektrik.

Thomas Pesquet (EV1) akan memakai sut angkasa berjalur merah manakala Shane Kimbrough (EV2) akan memakai sut angkasa tanpa jalur.

iROSA telah dibawa ke ISS menggunakan kapal angkasa kargo Dragon CRS-2 SpX-22.


Kemas kini: 2021-06-20, 08:30:51