ROKET LONG MARCH 2C MELANCARKAN 3 SATELIT YAOGAN 30, 1 SATELIT TIANQI 14; OBJEK DARIPADA PELANCARAN DIKATELOGKAN


Sebuah roket Long march 2C telah dilancarkan dari LC-3, Xichang Satellite Launch Center, China, membawa muatan yang terdiri daripada 3 satelit Yaogan 30 Group 09 dan 1 satelit Tianqi 14, ke orbit rendah Bumi.

Pelancaran telah dilakukan pada Jumaat, 18 Jun 2021, 14:30 waktu Malaysia dan tempatan.

Satelit Yaogan 30 adalah satelit cerapan Bumi, mungkin untuk tujuan risikan isyarat, mengesan kapal berdasarkan pemancaran radio, atau misi ujian teknologi.

Satelit Tianqi 14 adalah satelit Internet benda (IoT) jalur sempit konstelasi Tianqi.


Rakaman pelancaran

CGTN: https://youtu.be/BBv6t9Nn-As

https://youtu.be/MPrWxnwxEW0
CN Show: https://youtu.be/MPrWxnwxEW0

CCTV/CASC melalui SciNews: https://youtu.be/eiqwp_ueank

Objek daripada pelancaran dikatelogkan

Setakat 18 Jun 2021, 22:43 waktu Malaysia, 2 objek telah dikatelogkan daripada pelancaran ini.

2021-055A/48860: 602.99 km x 590.27 km, 34.99º
2021-055B/48861: 602.53 km x 590.44 km, 35º

TLE yang digunakan:

2021-055A
1 48860U 21055A   21169.51921450 -.00000027  00000-0  00000+0 0  9994
2 48860  34.9930 338.4139 0009120 239.6211 120.3724 14.90418218    44
2021-055B
1 48861U 21055B   21169.47151345 -.00000027  00000-0  00000+0 0  9998
2 48861  34.9999 338.6912 0008668 238.1743 225.5311 14.90465753    36


Kemas kini: 2021-06-18, 23:58:41