Pelancaran Di Laut

Gravity-1: Yunyao-1 18-20
Gravity-1: Yunyao-1 18-20

Sebuah roket Gravity-1 telah dilancarkan dari sebuah kapal pelancar di Haiyang Spaceport, Yellow Sea, China, membawa 3 satelit meteorologi, Yunyao-1 18,19,20, ke orbit rendah Bumi.

Ini merupakan penerbangan pertama untuk roket Gravity-1 yang dioperasikan oleh Orienspace.

Smart Dragon 3: Hulianwang Jishu Shiyan 3
Smart Dragon 3: Hulianwang Jishu Shiyan 3

Sebuah roket Smart Dragon 3 telah dilancarkan dari sebuah tongkang di Laut China Selatan berhampiran pantai Yangjiang, selatan Wilayah Guangdong, China, membawa sebuah satelit ujian komunikasi internet ke orbit rendah Bumi.