↓ Langkau ke kandungan utama

Penerbangan Roket Boleh Nampak di Malaysia

Bahagian ini menyenaraikan ramalan penerbangan roket yang mungkin boleh dilihat dari Malaysia.

Ini adalah ramalan manual berdasarkan data awam dan mungkin kurang tepat.

Untuk melihat lintasan roket, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

  1. Langit Gelap Tanpa Awan: Keadaan di lokasi pemerhati mestilah gelap tanpa awan.

  2. Roket Menerima Cahaya Matahari: Roket mestilah berada cukup tinggi untuk menerima cahaya Matahari.

  3. Penyalaan Aktif atau Pembuangan Bahan Dorong: Semasa melintas di ruang angkasa anda, roket mestilah melakukan salah satu daripada perkara berikut:

    1. Penyalaan Enjin: Enjin roket sedang menyala secara aktif.

    2. Pempasifan / Pembuangan Bahan Dorong: Roket sedang membuang baki bahan dorong di akhir misi (proses ini biasanya lebih sukar dilihat berbanding penyalaan enjin).