↓ Langkau ke kandungan utama
  1. Halaman/

Glosari

Koleksi kosa kata terpilih.

Bahasa MelayuBahasa InggerisKeterangan
aktiviti luar kenderaanextravehicular activityAktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa atau stesen angkasa yang berada di luar lapisan atmosfera Bumi.
antena gandaan tinggihigh gain antenna
apogiapogeeTitik tertinggi pada orbit untuk objek yang sedang mengorbit Bumi.
apolun / apoqamariapoluneTitik dalam orbit qamari sesuatu satelit yang dilancarkan dari bulan dan paling jauh dari bulan.
atas mejadesktop
bahan apifuel
bahan dorong kriogencryogenic propellant
bahan dorong / bahan rejangpropellantBahan boleh bakar yang menghasilkan haba dan membekalkan zarah-zarah penolak seperti pada enjin roket.
bahan pengoksidaoxidizer
barat dayaSouth-west
barat lautNorth-west
bertemu, pertemuanrendezvous
Bulan Sabit BaruWaxing Crescent
Bulan Sabit LamaWaning Crescent
efemerisephemeris
eksentrikeccentric
gugusan satelitsatellite constellation
ionosferaionosphereLapisan atmosfera bumi bermula dari 70 atau 80 kilometer di atas permukaan bumi hingga ke ketinggian tak terhingga yang terion secukupnya oleh sinaran ultralembayung solar dan elektron bebas di dalam lapisan ini mempengaruhi perambatan gelombang radio.
kenderaan pelancar guna semulareusable launch vehicle
kenderaan pelancar pakai buang (ELV)expendable launch vehicle
kenderaan pelancarlaunch vehicle
kesedaran persekitaran angkasaspace situational awareness
letak aturdeployMeletakkan satelit ke orbit tertentu.
min waktu suriamean solar timeWaktu suria yang diukur seolah-olah Matahari dilihat bergerak pada kelajuan yang sama sepanjang tahun, berbeza dengan sepatutnya iaitu waktu suria sedikit berubah bergantung pada musim.
olah gerakmaneuver / manoeuvrePenggunaan sistem pendorong untuk mengubah orbit sesuatu kapal angkasa.
operasi temu dan dekatRendezvous and Proximity Operations (RPO)
orbit geopegun Bumigeostationary Earth orbit (GEO)Sejenis orbit geosegerak iaitu orbit yang mempunyai tempoh 1 orbit selama 23 jam 56 minit 4 saat iaitu sama dengan tempoh 1 putaran Bumi pada paksinya, dan mempunyai kecondongan orbit 0° berbanding satah khatulistiwa. Orbit geopegun bulat mempunyai ketinggian 35,786 km.
orbit geosegerakgeosynchronous orbit (GSO)Orbit yang mempunyai tempoh 1 orbit selama 23 jam 56 minit 4 saat iaitu sama dengan tempoh 1 putaran Bumi pada paksinya. Orbit geosegerak bulat mempunyai ketinggian 35,786 km.
orbit kutubpolar orbitOrbit yang mempunyai kecondongan kira-kira 90° berbanding satah khatulistiwa, biasanya antara 80° hingga 100°.
orbit pindah BulanLunar transfer orbit
orbit pindah geopegungeostationary transfer orbitOrbit elips bumi yang digunakan untuk memindahkan pesawat dari orbit beraltitud rendah ke orbit yang lebih tinggi.
orbit rendah Bumilow Earth orbitOrbit objek yang mengorbit Bumi, biasanya mempunyai altitud kurang 2,000 km, tempoh orbit 128 minit atau kurang, keeksentrikan orbit kurang dari 0.25.
orbit segerak MatahariSun-synchronous orbitOrbit yang hampir dengan orbit kutub ketika satu objek mengorbit sesuatu planet yang membolehkan satu kapal angkasa melintasi mana-mana titik pada permukaan planet tersebut pada min waktu suria yang sama.
orbit transbulanTrans-Lunar Orbit (TLO)
panel suriasolar panelPanel yang terdiri daripada susunan sel suria.
pangkalan cantumdocking portBahagian pada pesawat yang membenarkan pesawat lain bercantum dengannya untuk pemindahan angkasawan atau peralatan.
pasang aturdeployMemasang komponen pesawat kepada konfigurasi yang dikehendaki.
pegunan bulanlunar standstill
pemantul-balik penjulat laseranlaser ranging retroreflector
pemantul-balikretroreflector
pembasah pelantarpad delugeAlat yang menggunakan sejumlah air untuk menyembur pelantar bagi menyejukkan bahagian kritikal pelantar atau enjin roket semasa pelancaran.
pendaratlander
pengorbitorbiter
pengurusan stesenstation keepingOlah gerak yang perlu dilakukan oleh sesuatu kapal angkasa bagi membolehkan ia berada pada kedudukan dan orientasi yang betul di angkasa lepas, biasanya dengan menggunakan penujah.
penyesuai muatanpayload adapter
perayaurover
perduaanbinary
peribulan / periqamariperilune / periseleneTitik paling dekat dengan Bulan untuk objek yang berada di orbit Bulan.
perigiperigeeTitik terendah pada orbit untuk objek yang sedang mengorbit Bumi.
perisintionpericynthionTitik terendah pada orbit untuk objek yang sedang mengorbit Bulan.
perjalanan angkasaspacewalkAktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa atau stesen angkasa yang berada di luar lapisan atmosfera Bumi.
Purnama BaruWaxing Gibbous
Purnama LamaWaning Gibbous
radar apertur tiruansynthetic-aperture radar
radio perisian tertakrifsoftware-defined radio
reja angkasaspace debrisObjek buatan manusia yang tidak lagi berfungsi di angkasa lepas.
reraut muatanpayload fairing
roket perumsounding rocketRoket untuk penerbangan suborbit, biasanya membawa eksperimen dan peralatan saintifik.
sampah angkasaspace debrisObjek buatan manusia yang tidak lagi berfungsi di angkasa lepas.
sendat udaraair lockSesuatu ruang dengan pintu yang boleh ditutup dengan kedap tanpa mengubah tekanan walaupun tekanan di luar sendat udara berbeza dengan tekanan di dalam sendat udara.
sferoid buntaloblate spheroid
suborbitsuborbital
Sukuan AkhirLast Quarter
Sukuan AwalFirst Quarter
suntikan transbulantrans-lunar injection
susunan suriasolar arrayPanel yang terdiri daripada susunan sel suria.
tenggaraSouth-east
timur lautNorth-east
vektor keadaanstate vector