Berdasarkan pelancaran roket GSLV sebelum ini ke Orbit Pindah Geopegun (GTO), pemerhati dari Malaysia Timur mungkin berpeluang untuk melihat penerbangan roket GSLV F17 untuk membawa sebuah satelit cerapan Bumi EOS-05/GISAT-1A ke GTO.

Data selepas pelancaran#
Lokasi dan altitud#
Imej-imej di bawah menunjukkan beberapa lokasi dan altitud roket berbanding masa berdasarkan data daripada liputan langsung pelancaran.
Imej-imej tersebut juga menunjukkan altitud minimum yang diperlukan untuk roket disinari cahaya matahari di setiap koordinat.





Carta altitud berbanding masa#

Kira detik pelancaran#
Ketika artikel ini ditulis, pelancaran dijadual pada Jumaat, 4 September 2026, 5:25 AM waktu Malaysia1.
Keyakinan#
★★★☆☆ (Malaysia Timur)
Faktor:
- Trajektori pelancaran daripada misi-misi GSLV ke GTO sebelum ini telah direkodkan dengan baik dalam liputan siaran langsung, memberikan asas anggaran yang kukuh.
- Liputan siaran langsung dijangka akan menunjukkan data trajektori yang terperinci, sekali gus memudahkan pemantauan laluan penerbangan secara masa nyata.
- Pembakaran enjin peringkat ketiga (GS3/CUS15) berlaku untuk tempoh yang panjang, jadi enjin roket akan aktif dihidupkan semasa ia melintasi berhampiran atau di ruang angkasa Malaysia.
- Walau bagaimanapun, EOS-05/GISAT-1A dijangka menjadi antara muatan terberat yang akan dilancarkan ke GTO menggunakan GSLV Mk II setakat ini. Hal ini mungkin menyebabkan berlaku sedikit perbezaan trajektori berbanding misi-misi sebelumnya.
- Untuk disinari oleh cahaya Matahari dan dapat dilihat oleh pemerhati apabila roket melintasi di ruang angkasa Sarawak, roket tersebut mestilah mencapai altitud sekurang-kurangnya ~135 km.
- Apabila roket melintasi di sebelah selatan Sabah, ia dijangka masih terbang pada altitud yang agak rendah pada ketinggian sekitar 140 km. Hal ini menyebabkan roket tersebut kelihatan agak rendah di atas ufuk bagi pemerhati di kawasan selatan Sabah.
Anggaran kebolehlihatan penerbangan#



Carta: Altitud berbanding masa daripada pelancaran sebelum ini#



Tonton siaran langsung pelancaran: ISRO#
Ini adalah ramalan manual berdasarkan data awam dan mungkin kurang tepat.
Untuk melihat lintasan roket, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
Langit Gelap Tanpa Awan: Keadaan di lokasi pemerhati mestilah gelap tanpa awan.
Roket Menerima Cahaya Matahari: Roket mestilah berada cukup tinggi untuk menerima cahaya Matahari.
Penyalaan Aktif atau Pembuangan Bahan Dorong: Semasa melintas di ruang angkasa anda, roket mestilah melakukan salah satu daripada perkara berikut:
Penyalaan Enjin: Enjin roket sedang menyala secara aktif.
Pempasifan / Pembuangan Bahan Dorong: Roket sedang membuang baki bahan dorong di akhir misi (proses ini biasanya lebih sukar dilihat berbanding penyalaan enjin).
Gambar latar: ISRO


