Berdasarkan efemeris yang dimuat turun dari NASA Horizons, orang ramai di Malaysia mungkin berpeluang melihat lintasan roket peringkat atas Falcon Heavy yang digunakan ketika pelancaran Nancy Grace Roman Space Telescope dari Kennedy Space Center, Florida, Amerika Syarikat.

Laporan cerapan#
Australia#
And a short time-lapse of today’s recordings of the Nancy Grace Roman Space Telescope and the Falcon upper stage (leading). Recorded on 2026-08-30 between 12:38:18 and 13:21:23 UTC. #NASARoman pic.twitter.com/taK0jNGAqZ
— s2a systems (@s2a_systems) August 30, 2026

Kira detik pelancaran#
Ketika hantaran ini ditulis, pelancaran dijadual pada Ahad, 30 Ogos 2026, 7:26:04 PM waktu Malaysia1.
Keyakinan#
★★☆☆☆
Faktor:
- Nyalaan enjin roket peringkat atas Falcon Heavy tamat sebelum ia dapat dilihat dari Malaysia: enjin dihidupkan (2nd stage engine starts (SES-2)) 24 minit 33 saat selepas pelancaran (~7:50 PM) dan tamat (2nd stage engine cutoff (SECO-2)) 26 minit 32 saat selepas pelancaran (~7:52 PM).
- Jadi, hanya ada peluang untuk melihat operasi pempasifan (pembuangan bahan dorong) oleh roket peringkat atas Falcon Heavy setelah misi tamat. Masa yang tepat untuk operasi ini berlaku tidak diketahui, namun biasanya ia dilakukan tidak lama selepas muatan berpisah daripada roket. Nancy Grace Roman Space Telescope dijadual dilepaskan dari roket 31 minit 31 saat selepas pelancaran (~7:57 PM).
- Ketika lintasan boleh dilihat dari Malaysia, jarak Nancy Grace Roman Space Telescope daripada pemerhati di Malaysia adalah jauh dan melebihi 6,000 km. Jadi, lintasan ini mungkin sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Namun, ia mungkin dapat dilihat dengan fotografi dedahan lama.
Trajektori#
Berikut merupakan trajektori Nancy Grace Roman Space Telescope yang dijana menggunakan maklumat efemeris yang dimuat turun dari NASA Horizons.
Selepas muatan dilepaskan, roket peringkat atas Falcon Heavy yang digunakan untuk pelancaran ini akan berada pada jarak yang masih dekat (secara relatif) dengan Nancy Grace Roman Space Telescope, jadi trajektori ini turut boleh digunakan untuk menjejak kedudukan roket peringkat atas Falcon Heavy ketika ia melakukan pempasifan selepas tamat misi pelancaran.
Trajektori-trajektori yang dijana adalah berdasarkan waktu pelancaran pada 7:26 PM waktu Malaysia.
Peta langit#
Berikut merupakan peta langit untuk beberapa lokasi utama di Malaysia.










Animasi trajektori#
GMAT#
Stellarium#
Bintulu, Sarawak#
Kuala Terengganu, Terengganu#
Sandakan, Sabah#
Tonton liputan langsung pelancaran#
Rasmi#
NASA#
SpaceX#
Tidak Rasmi#
NASASpaceflight#
Spaceflight Now#
Ini adalah ramalan manual berdasarkan data awam dan mungkin kurang tepat.
Untuk melihat lintasan roket, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
Langit Gelap Tanpa Awan: Keadaan di lokasi pemerhati mestilah gelap tanpa awan.
Roket Menerima Cahaya Matahari: Roket mestilah berada cukup tinggi untuk menerima cahaya Matahari.
Penyalaan Aktif atau Pembuangan Bahan Dorong: Semasa melintas di ruang angkasa anda, roket mestilah melakukan salah satu daripada perkara berikut:
Penyalaan Enjin: Enjin roket sedang menyala secara aktif.
Pempasifan / Pembuangan Bahan Dorong: Roket sedang membuang baki bahan dorong di akhir misi (proses ini biasanya lebih sukar dilihat berbanding penyalaan enjin).
Imej utama: NASA/Sydney Rohde (Rocz)
Jendela pelancaran. (Spaceflight Now) ↩︎


